Ta'arruf keluarga Tok Bakar

View previous topic View next topic Go down

Ta'arruf keluarga Tok Bakar

Post  Admin on Wed Nov 11, 2009 2:02 pm

Allahyarham Bakar bin Samah atau dikenali sebagai Tok Bakar dilahirkan pada tahun 1841. Tinggal di Kg Seberang Paya Kg Kor. Perkongsian hidup beliau dengan isterinya Midah atau Tok Midah (1842-1930) telah mengurniakan 5 orang anak iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan;

Anak sulung Tok Bakar ialah Ibrahim atau Tok Wok Him, anak kedua Siti Minah atau Mok Teh Mek, anak ketiga Taib atau Ngah Taib, anak ke empat Abdullah atau Pok Nik Lah dan anak bongsu Selamah atau Mok Nik Selamah

Tok Bakar meninggal dunia pada tahun 1931 semasa berusia 90 tahun dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kg Kor, Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan.

Ibrahim @ Tok Wok Him iaitu anak sulung Tok Bakar dilahirkan pada tahun 1863, bersama isteri pertamanya Selamah telah dikurniakan seorang anak iaitu Mariam (meninggal pada 2/5/2003) dan bersama isteri keduanya Mahsuri dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamed, Mustapha dan Ghazali. Mahsuri sebelum berkahwin dengan Ibrahim telah mempunyai 2 orang anak iaitu Yajid (Pok Su Yajid) dan Junoh (hilang tanpa kabar berita semasa Jepun). Tok Wok Him meninggal dunia pada tahun 1948 semasa berusia 85 tahun dan dimakamkan di perkuburan Islam Kg Kor bersama ayahdanya Tok Bakar dan bondanya Tok Midah.

Anak ke 2 Tok Bakar iaitu Siti Minah @ Mok Teh Mek mempunyai dua anak iaitu Fatimah (sekarang@11/11/2009 sedang sakit) dan Zainab (meninggal, tiada anak), Taib anak ke 3 Tok Bakar mempunyai 5 anak iaitu Mamat (meninggal), Limah, Embon, Lijah (meninggal) dan Talib (meninggal), Abdullah anak ke 4 Tok Bakar mempunyai 2 anak iaitu Zainab dan Rokiah (meninggal) manakala anak bongsunya Selamah mempunyai dua anak iaitu Hawa (meninggal) dan Che Pa (tinggal dewan labok, dekat rumah Hasmah Poknik)

Sehingga sekarang, keluarga daripada salasilah Tok Bakar mempunyai 5 generasi yang dianggarkan berjumlah 700 orang.
avatar
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

View user profile http://myfamily.forumotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum